Thursday, April 15, 2010

Blog Popular

Hari ini line streamyx rumah aku dah kembali stabil, terima kasih kepada pekerja telekom yang datang baiki.

Anak aku yang sulong, sedang meningkat remaja mula sibuk nak buka facebook, bukannya nak chatting tapi main farmville.

"Wah.. engkau ada blog rupanya. Popularkah blog engkau" kata seorang rakan pada aku petang tadi.

Bila dia tanya macam ni terasa juga aku, maklumlah blog aku ni memang tak popular pun dan kalau boleh aku pun tak nak popular tapi andai suatu hari nanti jadi popular manalah aku tahu. Aku tulis apa saja yang aku suka kat sini tidak lebih sebagai diari online aku, bukan cerita pasal artis dan aku kalau boleh tidak mahu cetuskan sebarang kontroversi.... silap-silap aku yang kena. Bab tulis menulis ni pun aku bukanlah pandai, kira ikut sedap hati

Lagi pun blog aku bukannya blog dot com hanya tumpang di blogspot aje, nantilah suatu masa nanti aku pakai yang dot com pula.

Balik pasal blog popular pula lain lah macam blog kak jie@Kujie. Blog dia tu memang popular, title dia bagus "hidup biar sedap'. Memang hidup ini sedap, tiap kali masuk blog dia mengingatkan aku betapa sedapnya hidup ini. Terima kasih Kak Jie@ Kujie

2 comments:

Kujie said...

tagline tu rasa mcm tersilap
tapi tak boleh nak undur balik dah
domain kujie2.com pun rasanya mcm tersilap

kata org bijak pandai domain yg ada nombor tak bagus utk seo

so kena kerja keras utk buktikan

btw...terimakasih kerana sentiasa sengap

tapi dpt juga detect ..hahaha

MIZI said...

terima kasih,.. memang betul tu tersilap.. bila selesai baru perasaan...

Kesalnya... Insyaallah akan datang utk dot com sndiri, akan lebih berhati-hati